awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuda belang lahir anak kedua di Zoo Taiping

Bernama
Bernama
29/11/2019
12:37 MYT
Kuda belang lahir anak kedua di Zoo Taiping
GAMBAR FAIL: Anak kuda belang betina yang pertama dilahirkan di Zoo Taiping & Night Safari, dipamerkan untuk tatapan umum buat kali pertama pada 14 Nov. - BERNAMA
Zoo Taiping & Night Safari melakar sekali lagi sejarah hari ini dengan kelahiran anak kedua kuda belang dalam tempoh setahun.
Pengarah zoo berkenaan Dr Kevin Lazarus berkata anak kuda belang itu dilahirkan antara pukul 3 hingga 4 pagi tadi sekali gus menjadi tarikan terbaharu di zoo tertua negara itu yang dibuka sejak 1961.
“Dengan kelahiran anak kuda belang yang baru ini menjadikan kuda belang di sini mempunyai dua anak dan sepasang ibu bapa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada 11 Nov tahun lalu, kuda belang betina dari Afrika Selatan itu berjaya melahirkan seekor anak betina selepas Zoo Taiping & Night Safari meminjam seekor kuda belang jantan dari Zoo Negara untuk tujuan pembiakan.
Kevin berkata pihaknya yakin anak kuda belang itu akan menjadi tarikan baharu kepada pengunjung terutama pada musim cuti persekolahan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak kuda belang
#Dr Kevin Lazarus
#Night Safari
#tarikan terbaharu
#Zoo Negara
#Zoo Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan