awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kukuhkan daya tahan dalam situasi ekonomi tidak menentu - PM Najib

Tan Su Lin
Tan Su Lin
06/02/2017
02:03 MYT
Kukuhkan daya tahan dalam situasi ekonomi tidak menentu - PM Najib
NAJIB: "Antara faktor asas yang boleh menyumbang kepada daya tahan nasional ialah kemampuan kita sebagai kerajaan melaksanakan dan menyampaikan segala projek dan program serta bantuan kepada rakyat." - fotoBERNAMA
Biarpun ekonomi dunia diramal bertambah baik tahun ini, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan kepentingan mengukuhkan daya tahan negara bagi berdepan suasana dunia yang tidak menentu.
"Menurut ramalan Bank Dunia, tahun 2017 ini boleh dikatakan ekonomi dunia mungkin lebih baik daripada 2016, iaitu pertumbuhan sebanyak 3.4 peratus banding 3.15 peratus pada 2016.
"Namun kita sebagai sebuah negara akan menghadapi faktor-faktor luaran yang masih tidak menentu.
"Antaranya, pasaran global kewangan yang sukar diramal, kadar pertumbuhan ekonomi maju yang masih perlahan dan dasar-dasar baharu pentadbiran Amerika Syarikat yang boleh memberi kesan kepada kita dan dunia," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.
Untuk tujuan berkenaan, Najib yang juga Menteri Kewangan menekankan kepentingan sistem penyampaian berkesan bagi mengukuhkan daya tahan negara.
"Antara faktor asas yang boleh menyumbang kepada daya tahan nasional ialah kemampuan kita sebagai kerajaan untuk melaksanakan dan menyampaikan segala projek dan program serta bantuan kepada rakyat.
"Inilah faktor-faktor asas yang boleh kita kawal.
"Bercakap tentang sistem penyampaian berkaitan produktiviti, sebagai seorang penjawat awam dan individu, kita mesti melihat bagaimana keberhasilan kita tambah lebih berkesan.
"Komitmen kita juga perlu bertambah, dalam sikap dan minda, supaya membuat keputusan dengan cepat dan tepat," katanya.
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#daya tahan negara
#ekonomi dunia
#Najib Razak
#pertumbuhan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan