awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kulasegaran beri perhatian tambah baik perkhidmatan Perkeso

Bernama
Bernama
22/05/2018
22:00 MYT
Kulasegaran beri perhatian tambah baik perkhidmatan Perkeso
Kulasegeran elaras dengan hasrat Kerajaan dalam teras pertama untuk meringankan beban rakyat dan menjamin kesejahteraan hidup seluruh rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
Menteri Tenaga Manusia M. Kulasegaran akan memberi perhatian bagi menambah baik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebagai sebuah agensi yang unggul dalam menyediakan perlindungan keselamatan sosial untuk seluruh warga kerja di Malaysia.
Ia selaras dengan hasrat Kerajaan dalam teras pertama untuk meringankan beban rakyat dan menjamin kesejahteraan hidup seluruh rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
Perkeso dalam satu kenyataan pada Selasa berkata antara penambahbaikan yang disyorkan adalah mewujudkan klinik bergerak di kawasan awam terutama di luar bandar dan bandar kecil yang dapat memudahkan urusan pencarum.
Perkara itu dibincangkan pada sesi taklimat lawatan kerja Kulasegaran, di agensi itu pada Selasa.
Semasa lawatan kerja itu, Pengerusi Perkeso Datuk Seri Dr. Aseh Che Amat dan Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed memberi taklimat berkenaan fungsi, peranan dan hala tuju Perkeso yang melaksanakan program-program perlindungan keselamatan sosial.
Lawatan kerja itu turut disertai oleh Ketua Setiausaha kementerian tersebut Datuk Dr Mohd Gazali Abas, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Datuk Mohamed Elias Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Amir Omar serta Setiausaha Bahagian Dasar Betty Hassan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aseh Che Amat
#keselamatan
#M Kulasegaran
#Malaysia
#Menteri Tenaga Manusia
#operasi
#perkeso
#Pertubuhan Keselamatan Sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan