awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ILMU-Nemo-30B lonjak AI Malaysia ke tahap global
Rumah terbakar, persiapan Aidilfitri dua keluarga musnah
Polis buru lelaki disyaki pukul isteri hamil

Kulasegaran tepis dakwaan hadir prosiding aktivis Arun

Bernama
Bernama
17/03/2026
09:13 MYT
Kulasegaran tepis dakwaan hadir prosiding aktivis Arun
M. Kulasegaran menegaskan beliau tidak berada di dalam mahkamah semasa prosiding yang melibatkan aktivis Arun Dorasamy, sebaliknya hanya sempat bertemu secara singkat di luar Kompleks Mahkamah Majistret Jawi di Nibong Tebal. - Gambar fail
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran menegaskan beliau tidak berada di dalam mahkamah semasa prosiding yang melibatkan aktivis Arun Dorasamy, sebaliknya hanya sempat bertemu secara singkat di luar Kompleks Mahkamah Majistret Jawi di Nibong Tebal.
Beliau berkata kunjungannya ke mahkamah adalah semasa dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang, dengan tujuan bertemu Arun dan memberi dorongan supaya mempercayai proses perundangan semasa menghadapi prosiding yang akan datang.

“Saya telah mengenali Arun sejak mewakili Indira Gandhi dalam cabaran undang-undang berkaitan penjagaan anak-anaknya.

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya hanya bertemu Arun seketika di kawasan kompleks mahkamah sebelum meninggalkan tempat itu. Saya tidak berada di kamar mahkamah semasa pertuduhan dibacakan dan prosiding dijalankan,” jelas Kulasegaran dalam satu kenyataan hari ini.

Arun, 56, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat kenyataan di media sosial dengan niat menimbulkan kegusaran orang ramai pada Mac tahun lepas.

Terdahulu, Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut penjelasan daripada Kulasegaran berhubung kehadirannya bersama Arun di Mahkamah Majistret Jawi.

Pengerusinya Amidi Abdul Manan dalam kenyataan media berkata kehadiran Ahli Parlimen Ipoh Barat itu, walaupun atas kapasiti peribadi mengundang pelbagai tafsiran serta boleh menjejaskan persepsi awam terhadap kerajaan memandangkan beliau merupakan anggota pentadbiran.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#mahkamah
# M. Kulasegaran
#PKR
# Arun Doraisamy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.