awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kutipan tol di Lebuhraya SUKE bermula tengah malam ini

Bernama
Bernama
14/10/2022
13:07 MYT
Kutipan tol di Lebuhraya SUKE bermula tengah malam ini
Kutipan tol akan dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bermula 12.01 tengah malam ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kutipan tol akan dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bermula 12.01 tengah malam ini.
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) dalam kenyataan memaklumkan kutipan tol itu melibatkan jajaran fasa satu iaitu dari persimpangan Cheras-Kajang hingga persimpangan Bukit Antarabangsa yang telah dibuka kepada pengguna sejak 16 Sept lepas.
Bayaran akan dikenakan kepada pengguna yang melalui Plaza Tol Bukit Teratai dan Plaza Tol Ampang dengan kadar tol mengikut kelas kenderaan iaitu RM2.30 bagi kereta, lori (RM4.60), treler (RM6.90), teksi (RM1.20) dan bas (RM2.30).
Kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya dengan menggunakan kad Touch 'N Go, SmartTAG dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
"Bahagian operasi SUKE akan sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol selain menempatkan petugas di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya terutama pada waktu puncak bagi membantu pengguna yang menghadapi kesulitan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kutipan tol
#Lebuhraya SUKE
#Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang
#PROLINTAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan