awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Labuan capai 100 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19

Bernama
Bernama
08/09/2021
11:24 MYT
Labuan capai 100 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19
Selain rakyat tempatan, populasi dewasa dalam kalangan imigran di pulau ini juga telah divaksin. - Gambar fail
LABUAN: Sebanyak 100 peratus populasi dewasa di Labuan telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 pada Selasa (7 Sept), menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan Rithuan Ismail.
Beliau berkata, selain rakyat tempatan, populasi dewasa dalam kalangan imigran di pulau ini juga telah divaksin.
Rithuan yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Labuan berkata pasukan itu telah menyenaraikan 68,500 dewasa yang layak untuk program imunisasi di Labuan.
"Bilangan dewasa yang layak diberi vaksin telah melebihi sasaran berikutan dasar CITF Labuan yang memberi suntikan vaksin kepada semua tanpa mengira kewarganegaraan. Kami juga menawarkan vaksin kepada pekerja (dari luar Labuan) dalam sektor perkapalan serta minyak dan gas Labuan," katanya.
Beliau berkata ribuan pelarian Filipina di dua Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) juga mendapat vaksinasi sebagai sebahagian daripada usaha pasukan itu mengurangkan penyebaran jangkitan COVID-19 dalam masyarakat tempatan.
"Kita boleh lihat bilangan dewasa yang lengkap vaksinasi akan terus meningkat apabila jumlah orang yang menerima dos pertama mencapai 102.94 peratus setakat semalam.
"Lebih ramai orang yang divaksin lebih baik kerana kita dapat mengawal penularan COVID-19...kerana dasar kami adalah menggalakkan kru perkapalan dan mereka yang berada dalam sektor minyak dan gas mendapatkan suntikan. Bilangan orang yang melengkapkan vaksin pasti akan melebihi sasaran kita," katanya.
Rithuan berkata CITF Labuan bersedia untuk mengadakan program vaksinasi untuk remaja berusia 16 dan 17 tahun.
Labuan telah lengkap memvaksin 80 peratus populasi dewasa pada 27 Julai lepas dan menjadi yang pertama dalam kalangan Wilayah Persekutuan dan negeri di Malaysia yang mencapai imuniti terhadap COVID-19. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Labuan dilancarkan pada 27 Feb.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Labuan
#vaksinasi
#100 peratus
#populasi dewasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan