awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laksanakan 'PKP' terhadap babi, kawal wabak ASF

Bernama
Bernama
20/01/2022
09:45 MYT
Laksanakan 'PKP' terhadap babi, kawal wabak ASF
Sim Tze Tzin memuji tindakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) yang telah bertindak secara profesional dan pantas dalam menangani penularan wabak ASF. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin mencadangkan supaya satu langkah pengawalan umpama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwujudkan terhadap ternakan babi sebagai langkah mengawal wabak Demam Babi Afrika (ASF) yang melanda industri haiwan itu.
Beliau yang juga jurucakap Hal Ehwal Pertanian Parlimen PKR mencadangkan empat lagi strategi iaitu melibatkan pendekatan seluruh jentera kerajaan, meningkatkan biosekuriti ladang, pemberian pampasan kepada penternak terkesan dan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi usaha memusnahkan babi dijangkiti ASF.
"Babi hidup hanya boleh bergerak di dalam negeri sahaja dan penyembelihan dilakukan dalam negeri tersebut sahaja," katanya kepada media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Sim yang juga bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memuji tindakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) yang telah bertindak secara profesional dan pantas dalam menangani penularan wabak ASF.
Penyakit ASF dikesan pada babi ternakan di beberapa negeri termasuk di ladang ternakan babi di Paya Mengkuang, Melaka dan setakat ini sebanyak 16,000 ekor babi dijangkiti di 19 ladang di Melaka telah dilupuskan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Babi
#PKP
#Demam Babi Afrika
#ASF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan