awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malam Legasi Adibah Amin: Minda tajam, kosa kata kekal dalam ingatan
KPM mula siasatan dalaman insiden pelajar maut dirempuh - Fadhlina
[TERKINI] Trump umum operasi sekatan Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lakukan amang seksual di PPS, warga emas dipenjara lapan tahun dengan dua sebatan

Faida Rahim
Faida Rahim
23/02/2026
09:38 MYT
Lakukan amang seksual di PPS, warga emas dipenjara lapan tahun dengan dua sebatan
Mohammed Rashid Rahmat dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun. - Foto Bernama
Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun pada 2023.
Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Mohammed Rashid Rahmat, 64, melampaui keraguan yang munasabah.
Berikutan itu, mahkamah memerintahkan tertuduh dihukum penjara empat tahun dengan satu sebatan bagi kes pertama bermula dari tarikh sabitan manakala bagi kes kedua, dia diperintahkan menjalani hukuman penjara empat tahun dengan satu sebatan selepas tamat hukuman pertama, serta dikenakan pengawasan polis selama dua tahun.
Mohammed Rashid didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan koridor pusat pemindahan sementara (PPS) di sebuah sekolah rendah di Kuala Nerus antara 6 petang hingga 8 malam pada 22 Nov 2023 mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim manakala Mohammed Rashid diwakili peguam Masliela Ismail.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#amang seksual
#kanak-kanak perempuan
#Kuala Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan