awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan di NKVE ditutup akibat tanah mendap

Sinar Harian
Sinar Harian
12/11/2024
10:01 MYT
Laluan di NKVE ditutup akibat tanah mendap
Lorong kecemasan dan separuh lorong kiri di KM18.6 NKVE arah selatan ditutup sementara akibat tanah runtuh. (Gambar kecil: Shahrulnizam)
PETALING JAYA: Polis mengesahkan lorong kecemasan dan separuh lorong kiri di Kilometer (KM) 18.6 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) arah selatan ditutup sementara bagi kerja-kerja pembaikan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penutupan sementara itu dibuat ekoran insiden tanah mendap di lokasi tersebut.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu sekitar jam 11 pagi pada Selasa.
"Penutupan ini dibuat bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya dan kerja-kerja pembaikan dilakukan.
"Sehubungan itu, pihak polis memohon semua pengguna jalan berkenaan untuk merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Selain itu menurut beliau, pihak polis juga menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa peka dan berhati-hati semasa melalui laluan tempat kejadian.
Tambahnya, orang ramai juga diminta mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#NKVE
#tanah mendap
#mendapan jalan
#lebuh raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan