awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
‘Ratu Ketamin’ dihukum penjara 15 tahun sebabkan kematian pelakon Matthew Perry
Dron Israel ragut nyawa wartawan Al Jazeera, Mohammed Wishah di Gaza
Konflik Asia Barat: Israel bersedia ‘kembali berperang bila-bila masa’ menentang Iran - Netanyahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laman Air Hutan Bandar MBJB jadi tumpuan pada hari pembukaan

Bernama
Bernama
23/03/2026
15:03 MYT
Laman Air Hutan Bandar MBJB jadi tumpuan pada hari pembukaan
Mohd Jafni berkata kehadiran memberangsangkan itu dapat dilihat sebaik kemudahan itu mula dibuka pagi Isnin. - Foto Facebook/Mohd Jafni Md Shukor
Laman Air di Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini yang mula dibuka kepada orang ramai hari ini telah merekodkan kira-kira 1,200 pengunjung.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata kehadiran memberangsangkan itu dapat dilihat sebaik kemudahan itu mula dibuka pagi Isnin.
“Kemudahan rekreasi awam yang menarik amat dihargai oleh rakyat, khususnya sebagai ruang untuk anak-anak bermain air, keluarga beriadah serta masyarakat menjalani gaya hidup sihat,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.
Beliau berkata sebanyak 36 kakitangan ditugaskan melibatkan pasukan penguatkuasaan, renjer taman, penyelamat, pengawal keselamatan serta pekerja pembersihan.
Mohd Jafni berkata kehadiran pasukan ini amat penting bagi memastikan kawasan rekreasi itu sentiasa berada dalam keadaan selamat, teratur dan bersih untuk keselesaan semua.
“Insya-Allah, kemudahan seperti ini akan terus diperkasakan selaras komitmen Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk memperbanyakkan ruang rekreasi mesra rakyat serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat di bandar-bandar di negeri ini,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata keseluruhannya kira-kira 4,500 orang direkodkan mengunjungi Hutan Bandar MBJB untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Jafni Md Shukor
#Laman Air
#hutan bandar
#sambutan
#hari pembukaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan