awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
Musyawarah Nasional wadah strategik rumus penyelesaian cabaran ummah - Ahmad Zahid
Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik - Armizan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Landskap ekonomi negara lebih baik jika penjawat awam cekap, pantas laksana tugas - PM

Bernama
Bernama
07/05/2024
02:30 MYT
Landskap ekonomi negara lebih baik jika penjawat awam cekap, pantas laksana tugas - PM
Perdana Menteri Anwar menzahirkan keyakinan bahawa peta dan landskap ekonomi negara akan berubah ke arah lebih baik sekiranya penjawat awam cekap dan pantas dalam melaksanakan tugas. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan keyakinan bahawa peta dan landskap ekonomi negara akan berubah ke arah lebih baik sekiranya penjawat awam cekap dan pantas dalam melaksanakan tugas.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, sekiranya semua penjawat awam mengamalkan amalan berkenaan dalam tugas seharian, Malaysia akan menjadi perhatian dunia dari segi pelaburan.
"Jadi saudara, tumpu ini dan saudara lihat, peta ekonomi, landskap ekonomi kita akan berubah dan saya yakin. Penjawat awam mesti tumpu perkara itu, yang lain sepak terajang (dalam politik), itu serah kepada saya dan kawan-kawan.
"Saudara saudari kena tumpu (hal) ini, kerana Malaysia ada keupayaan sekarang bukan sahaja dari segi pertimbangan antarabangsa tetapi juga harapan dari segi pelaburan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#penjawat awam
#landskap ekonomi negara
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan