awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
Bangladesh lancar kempen vaksinasi demam campak kecemasan di tengah peningkatan kematian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar anggota polis, lelaki direman enam hari

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/07/2022
07:19 MYT
Langgar anggota polis, lelaki direman enam hari
Seorang lelaki direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kejadian langgar anggota polis ketika mengelak daripada ditahan pada Sabtu.
KULIM: Seorang lelaki direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kejadian langgar anggota polis ketika mengelak daripada ditahan pada Sabtu.
Perintah reman dikeluarkan terhadap suspek berusia 45 tahun itu oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Kulim, Mirza Mohamed bagi membantu polis melengkapkan siasatan.
Dalam kejadian pukul 9.15 pagi semalam, suspek melanggar seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang mengejarnya di Jalan Kulim-Serdang.
Kejadian menyebabkan Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad, 31, yang bertugas di Balai Polis Kulim Hi-Tech mengalami pendarahan di kepala selepas cedera parah.
Suspek kemudian memecut kenderaannya dengan memandu secara melulu sebelum dia berjaya ditahan sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dengan bantuan anggota IPD Seberang Perai Tengah (SPT), pada pukul 12 tengah hari di Butterworth.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh memaklumkan, keadaan terkini anggota polis terbabit belum sedarkan diri dan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#langgar anggota polis
#lelaki direman
#Balai Polis Kulim Hi-Tech
#Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan