awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar PKPB, 28 individu didenda kerana berhibur

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
01/06/2020
07:02 MYT
Langgar PKPB, 28 individu didenda kerana berhibur
Sebahagian daripada 28 individu yang didenda di Mahkamah Majistret Ipoh kerana ingar PKPB hari ini. Gambar Astro AWANI
Seramai 28 individu termasuk tiga wanita didenda RM1,000 setiap seorang di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin, kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berhibur di dua premis berasingan, Sabtu lalu.
Kesemua mereka yang berumur antara 18 hingga 42 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab.
Mahkamah turut menetapkan 2 Julai depan untuk mendengar laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengenai dua lagi remaja bawah umur, yang turut didakwa kesalahan yang sama.
Dalam kes pertama, 12 lelaki didakwa terlibat dalam perhimpuan sosial di sebuah pub di Jalan Veerasamy, Ipoh kira-kira jam 1.30 pagi, 30 Mei lalu.
Bagi kes kedua pula, 18 individu, termasuk dua remaja bawah umur didakwa atas kesalahan yang sama di sebuah apartment di Meru, kira-kira jam 2 pagi, hari yang sama.
Kesemua mereka didakwa melanggar Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksima RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara tiga bulan terhadap 12 individu yang ditahan di pub dan tiga bulan bagi 16 yang ditahan di apartment, sekiranya mereka gagal membayar denda.
Pendakwaan kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurasmaniza Muhammad.
Dua belas individu yang ditahan di pub diwakili peguam B. Ayleswary manakala 18 yang ditahan di apartment diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Awatif Ahmad Bashir.
Topic Berkaitan
#berdegil
#berhibur
#didenda
#ingkar
#Ipoh
#langgar pkpb
#Mahkamah Majistret
#padah
#PKPB
#pub
#RM1 000
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan