awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Misi bantuan 30 kontena, GSF 2.0 dua inisiatif berbeza - SNCC
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laos keluarkan amaran haba, suhu dijangka mencecah 40 darjah Celsius

Bernama
Bernama
29/03/2026
12:23 MYT
Laos keluarkan amaran haba, suhu dijangka mencecah 40 darjah Celsius
Sistem tekanan cuaca rendah sederhana hingga kuat, digabungkan dengan angin barat, sedang mempengaruhi kebanyakan kawasan negara itu. - Gambar fail

Pihak berkuasa Laos mengeluarkan amaran cuaca panas hingga sangat panas di seluruh negara, sambil menggesa orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga susulan suhu dijangka mencecah setinggi 40 darjah Celsius, lapor Xinhua.

Sistem tekanan cuaca rendah sederhana hingga kuat, digabungkan dengan angin barat, sedang mempengaruhi kebanyakan kawasan negara itu, menurut laporan yang dikeluarkan pada Ahad oleh Jabatan Meteorologi dan Hidrologi, sambil menjelaskan keadaan itu dijangka membawa cuaca panas meluas dengan jerebu kering berterusan sepanjang hari.
Beberapa wilayah diramalkan mengalami suhu puncak sehingga 40 darjah Celsius, katanya.
Pihak berkuasa turut memberi amaran mengenai peningkatan risiko berkaitan cuaca panas melampau, termasuk strok haba, bahaya kebakaran serta kemungkinan litar pintas.
Jabatan itu menasihatkan penduduk agar mengehadkan aktiviti luar dalam tempoh yang lama, kekal terhidrat dan sentiasa peka terhadap perubahan keadaan cuaca.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#laos
#amaran
#cuaca panas
#cuaca kering
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan