awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Itali tangguh pembaharuan automatik perjanjian pertahanan dengan Israel - PM Meloni
PM Australia Albanese lawat Malaysia pada 15-17 April, fokus kepada keselamatan tenaga
Malaysia perkukuh kedudukan global acara perniagaan di TMS APAC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan peluncur salji maut, seorang masih hilang dalam runtuhan salji di California

Astro AWANI
Astro AWANI
18/02/2026
21:18 MYT
Lapan peluncur salji maut, seorang masih hilang dalam runtuhan salji di California
Sebuah motoski diletakkan di Pusat Pengembaraan Alder Creek, salah satu daripada dua lokasi pelancaran operasi mencari sekumpulan peluncur salji yang hilang selepas runtuhan salji di kawasan cerun backcountry Pergunungan Sierra Nevada, di Truckee, Califor
Lapan peluncur salji (backcountry skiers) ditemukan maut manakala seorang lagi masih hilang selepas runtuhan salji besar melanda kawasan Castle Peak berhampiran Tasik Tahoe, California, pada Selasa.
Menurut Sheriff Daerah Nevada, Shannan Moon, operasi yang pada mulanya berfokus kepada usaha menyelamat kini bertukar kepada misi mencari dan membawa keluar mangsa, berikutan keadaan cuaca ekstrem yang membahayakan pasukan penyelamat..
Runtuhan salji sekitar 11.30 pagi itu telah menimbuskan sekumpulan 15 peluncur, yang ketika itu sedang mengakhiri hari terakhir ekspedisi tiga hari di Pergunungan Sierra Nevada.
Enam daripada mereka berjaya diselamatkan, dua daripadanya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Pihak berkuasa mengesahkan ini merupakan insiden runtuhan salji paling buruk di Amerika Syarikat dalam lebih empat dekad, dengan rekod serupa kali terakhir dicatatkan pada 1981.
Cuaca buruk dengan salji tebal, angin kencang dan risiko runtuhan susulan terus menyukarkan operasi mencari mangsa terakhir.
Kumpulan itu difahamkan berada di bawah seliaan syarikat pemandu gunung Blackbird Mountain Guides dan kesemua mangsa ditemui dalam jarak berhampiran berdasarkan isyarat beacon kecemasan yang mereka bawa. - Agensi
Topic Berkaitan
#Runtuhan salji
#peluncur salji maut
#Castle Peak
#Tasik Tahoe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan