awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra beroperasi secara penuh 5 Mac ini

Bernama
Bernama
16/02/2026
00:56 MYT
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra beroperasi secara penuh 5 Mac ini
Selepas melalui fasa naik taraf, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di Kota Bharu dijangka beroperasi secara penuh bermula 5 Mac ini. - Foto Sinar Harian
Selepas melalui fasa naik taraf, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini dijangka beroperasi secara penuh bermula 5 Mac ini.
Timbalan Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Saizol Ismail berkata, ia sekali gus memberi nafas baharu kepada sektor pengangkutan udara di Kelantan.
“Insya-Allah pertengahan Ramadan ini lapangan terbang dapat beroperasi sepenuhnya hasil lawatan yang dilakukan pihak kami ke lokasi berkenaan minggu lalu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Bersama Media Kelantan di sini pada Ahad malam.
Menurut beliau, operasi penuh yang sepatutnya bermula minggu lalu terpaksa ditangguhkan susulan isu teknikal pada sistem penghantar bagasi (conveyor) yang sudah memasuki peringkat akhir pelaksanaan.
Katanya, pengoperasian penuh itu amat signifikan bagi menampung lonjakan pergerakan penumpang menjelang musim perayaan Aidilfitri.
Saizol memberitahu, pihaknya turut dimaklumkan beberapa operator penerbangan akan menambah jambatan udara bagi meningkatkan keselesaan pengguna.
"Saya turut berharap syarikat penerbangan mengambil peluang memperluas rangkaian destinasi termasuk ke luar negara, meskipun LTSIP belum berstatus lapangan terbang antarabangsa sepenuhnya," katanya.
Media pada 1 Mei 2024 melaporkan, rata-rata penumpang teruja menggunakan kemudahan di terminal baharu fasa 1 Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang mula beroperasi pada Rabu.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, wajah baharu LTSIP itu membuatkan ramai teruja sehingga ada yang mengeluarkan telefon pintar masing-masing untuk merakamkan detik-detik terindah. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
#beroperasi sepenuhnya
#LTSIP
#fasa naik taraf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan