awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapor segera jika ada maklumat ajaran menyeleweng - Exco Johor

Bernama
Bernama
03/08/2024
10:10 MYT
Lapor segera jika ada maklumat ajaran menyeleweng - Exco Johor
Mohd Fared menasihati ajar dijauhi ajaran yang telah difatwakan sesat dan orang ramai diseru untuk melapor dengan segera kepada pejabat agama dan polis. - Bernama
BATU PAHAT: Kerajaan Johor menyeru orang ramai supaya melaporkan segera sekiranya mempunyai maklumat berkaitan ajaran yang menyeleweng serta melanggar hukum agama.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata pihaknya akan mengambil tindakan penguatkuasaan selain mempergiat pemantauan bagi memastikan kesucian agama Islam terpelihara.
"Nasihat kami kepada orang ramai, jauhi semua ajaran yang telah difatwakan sesat dan mohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan dengan segera kepada pejabat agama dan polis.
"Hal ini bagi memastikan setiap ajaran yang sesat dan menyeleweng daripada Ahli Sunah Waljamaah tidak terus aktif di negeri ini," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Kursus Modul Hafazan Tadika Tahfiz Negeri Pahang Kepada Pendidik Masyarakat Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Peringkat Negeri Johor 2024 di sini hari ini.
Julai lepas, Mohd Fared dilaporkan berkata kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Negeri Johor memantau rapat lima daripada 19 ajaran sesat yang telah difatwakan haram di negeri ini.
Beliau berkata lima ajaran sesat berkenaan iaitu Syiah, Hizbur Tahrir, ajaran Millah Abraham, ajaran Suhaini Mohammad (Sihulk) dan ajaran Qadiani dipercayai masih aktif namun terkawal.
Mengenai kursus itu, beliau berkata ia melibatkan 542 pendidik Tabika Kemas negeri ini yang berteraskan modul hafazan tahfiz Pahang.
"Selepas ini anak-anak berusia empat hingga enam tahun akan didedahkan kepada hafazan ayat-ayat al-Quran, khususnya pada juzuk ke-30," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ajaran sesat
#lapor polis
#Johor
#Mohd Fared Mohd Khalid
#ajaran menyeleweng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan