awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan lebih 30,000 PKS ditutup sejak PKP tidak tepat - Wan Junaidi

Astro Awani
Astro Awani
13/11/2020
02:00 MYT
Laporan lebih 30,000 PKS ditutup sejak PKP tidak tepat - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata kementeriannya sentiasa mengambil langkah proaktif dan menyarankan usahawan sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi situasi semasa penularan wabak COVID-19. - Astro AWANI / Shahir Omar
KUALA LUMPUR:Laporan yang dikeluarkan oleh sebuah portal pada 11 November berhubung dakwaan lebih 30,000 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menutup operasi sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat COVID-19 yang bermula pada Mac lalu adalah tidak tepat.
Menteri Pembangunan Koperasi dan Usahawan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan jumlah keseluruhan syarikat dan perniagaan yang menutup operasi bermula pada 18 Mac hingga 9 Jun 2020 adalah sebanyak 9,675.
Katanya, statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut menunjukkan bagi tempoh 10 Jun hingga September 2020 pula, sebanyak 22,794 syarikat telah menutup operasi.
Jelasnya, ia menunjukkan bahawa dalam tempoh Mac hingga September, angka itu bukan hanya merujuk kepada syarikat PKS yang menutup operasi tetapi merangkumi keseluruhan syarikat yang berdaftar dengan SSM.
"Bagaimanapun, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh SSM, bermula 1 April hingga 19 Julai 2020, sebanyak 82,555 perniagaan baharu telah didaftarkan.
"Ini menunjukkan bahawa dalam situasi semasa COVID-19, ia tidak menghalang sesiapa sahaja untuk menceburi bidang perniagaan tetapi perlulah mengikut kehendak semasa iaitu dengan menggunakan platform e-dagang sebagai salah satu medium pemasaran produk atau perkhidmatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Tambahnya, kementeriannya sentiasa mengambil langkah proaktif dan menyarankan usahawan sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi situasi semasa penularan wabak COVID-19.
"Mereka harus bersiap sedia kemaskan diri dan perniagaan dengan perkongsian pengetahuan yang disediakan secara percuma oleh agensi kerajaan bagi mendapatkan the new way of doing business.
"Usahawan juga perlu mengadaptasi perniagaan dengan norma baharu kehidupan, perkasakan perniagaan melalui digitalization dan perhebatkan strategi promosi.
"Sementara PKS disarankan untuk mengekalkan data maklumat pelanggan, mengekalkan perhubungan dengan pelanggan, mengekalkan jenama produk mereka supaya pelanggan tidak melupakan produk mereka selepas tempoh PKP," katanya.
Topic Berkaitan
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#PKS
#PKP
#COVID-19
#PKS tutup operasi
#Suruhanjaya Syarikat Malaysia
#SSM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan