awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lauk dihurung lalat, telur ayam bernajis antara kesalahan dikesan di Bazar Ramadan

Sinar Harian
Sinar Harian
22/04/2022
03:15 MYT
Lauk dihurung lalat, telur ayam bernajis antara kesalahan dikesan di Bazar Ramadan
Penguat kuasa BKKM melakukan pemeriksaan di salah sebuah gerai jualan. -Foto Sinar Harian
BUTTERWORTH: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengeluarkan 25 notis atas pelbagai kesalahan terhadap peniaga Bazar Ramadan Sungai Dua, di sini pada petang Khamis.
Kesalahan itu dikesan dalam pemeriksaan mengejut yang dilakukan menerusi Ops Bazar bagi memastikan makanan dijual bersih dan selamat dimakan oleh orang ramai.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, hasil pemantauan dilakukan mendapati tahap kebersihan yang dipraktikkan pengendali makanan di bazar tersebut hanya pada tahap memuaskan.
Menurutnya, antara kesalahan yang dikenal pasti seperti peniaga membiarkan lauk tanpa penutup hingga dihurung lalat selain guna telur ayam yang mempunyai kesan tahi ayam.
“Ini adalah kesalahan yang serius kerana sikap itu boleh menyumbang kepada keracunan makanan yang disebabkan oleh lalat," katanya ketika ditemui di lokasi pemeriksaan pada Khamis.
Mohd Wazir berkata, pemeriksaan yang dibuat juga mendapati lebih 30 pengendali makanan di bazar tersebut tidak mengambil suntikan tifoid dengan alasan berniaga dalam tempoh sebulan sahaja.
Tambahnya, ada di kalangan peniaga yang memandang remeh isu pemakaian perlindungan diri (PPE) seperti topi serta apron sedangkan itu adalah perkara asas bagi individu yang mahu mengendalikan perniagaan makanan.
Dalam pada itu, Mohd Wazir terus mengingatkan peniaga untuk menjaga tahap kebersihan bagi mengelakkan insiden keracunan makanan berlaku kerana ia merupakan satu kesalahan serius.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#lauk dihurung lalat
#telur bernajis
#keracunan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan