awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 10 lokasi panas seperti 'Mini Dhaka' jadi tumpuan polis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
29/12/2023
03:10 MYT
Lebih 10 lokasi panas seperti 'Mini Dhaka' jadi tumpuan polis
Ayob Khan berucap pada Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pengarah JPJKK di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti lebih 10 lokasi panas seperti 'Mini Dhaka' yang menjadi tumpuan pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara, untuk sasaran operasi bersepadu akan datang.
Namun Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menjelaskan, operasi bersepadu pada kali ini akan tertumpu kepada penempatan-penempatan yang dikuasai PATI.
"Berbeza dengan operasi di Jalan Silang, Kuala Lumpur, baru-baru ini di mana tumpuan diberikan ke atas premis-premis perniagaan, kali ini kita meletakkan sasaran di penempatan-penempatan yang dikuasai PATI," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Ayob Khan bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi-lokasi berkenaan kerana dikhuatiri berlaku kebocoran.
Namun, tegasnya, operasi bersepadu itu akan dilaksanakan secara konsisten.
Bagaimanapun, beliau memberitahu, operasi itu turut bergantung kepada kapasiti di pusat tahanan depot Imigresen.
"Masyarakat perlu faham bahawa kadangkala kita (polis) mempunyai kekangan dari segi logistik untuk menempatkan mereka (PATI) di depot Imigresen.
"Kita mungkin akan ada sedikit kekangan di sini, sebab itu kita perlu merancang dengan teliti.
"Misalnya dalam operasi khas di Jalan Silang, kita menahan kira-kira 1,000, namun lebih 600 daripada mereka terpaksa dibawa ke Pulapol untuk diambil tindakan lanjut," ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan, seramai 1,001 PATI ditahan dalam operasi khas di 'Mini Dhaka' sekitar Kompleks Kota Raya dan Jalan Silang pada 21 Dis lalu.
Operasi bermula jam 11 pagi itu disertai seramai 1,138 pegawai dan anggota daripada KDNKA membabitkan Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Unit Anjing Pengesan (K9).
Topic Berkaitan
#ayob khan mydin pitchay
#pendatang asing
#pati
#mini Dhaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan