awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun
Polis tahan wanita pandu lawan arus di Seremban
Kerajaan tidak pertimbang beri permit khas kepada ‘ulat foto’ atas dasar keselamatan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1,000 pesawah di Kelantan terjejas akibat cuaca panas

Bernama
Bernama
30/03/2026
08:49 MYT
Lebih 1,000 pesawah di Kelantan terjejas akibat cuaca panas
Pesawah di Kota Bharu Utara (KBU) menunjukkan kawasan sawah padi yang kering akibat cuaca panas. - Gambar/ Bernama
Sebanyak 1,085 pesawah di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) terjejas akibat cuaca panas dan kering yang melanda beberapa jajahan di Kelantan, melibatkan keluasan keseluruhan 3,638 hektar sawah padi.
Pengerusi KADA Khalid Abdul Samad berkata kawasan terlibat merangkumi Kota Bharu Utara (KBU), Kota Bharu Selatan (KBS), Pasir Puteh, Bachok, Pasir Mas dan Tumpat.
"Secara keseluruhan, hanya kira-kira 15 peratus kawasan KADA terjejas, dengan kebanyakan kawasan masih menerima bekalan air mencukupi, kecuali beberapa lokasi terpencil seperti di Kampung Belukar Tanjung Puri yang berdepan gangguan pengairan," katanya kepada pemberita di Pejabat KADA, di sini hari ini.
Khalid berkata bagi langkah mitigasi, pengoperasian Pam Kemubu 4 sejak bulan lepas banyak membantu menyalurkan bekalan air ke kawasan bendang, terutama ketika paras air di Sungai Kelantan berada pada tahap rendah.
"Pam Kemubu 4 mampu beroperasi pada paras minimum 1.0 meter (m) berbanding Pam Kemubu 1 dan 2 yang masing-masing memerlukan aras air lebih tinggi iaitu 4.0 m dan 3.5 m.
"Isu kelewatan penyiapan projek Pam Kemubu 3 oleh kontraktor turut menjadi antara faktor yang mengekang keupayaan sistem pengairan sedia ada, namun apabila ia siap, masalah pengairan dijangka dapat diatasi dengan lebih berkesan," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan terus memantau situasi berkenaan dan memastikan segala bantuan dapat disalurkan secara berkesan bagi menjamin kelangsungan pengeluaran padi serta kebajikan pesawah.
Sementara itu, pesawah dari KBU, Hafizul Daud, 50, berkata masalah utama di kawasan Tanjung Puri adalah kegagalan sistem pengairan untuk menyalurkan air ke kawasan tanaman yang terletak di kawasan lebih tinggi, menyebabkan pesawah terpaksa menggunakan pam telaga tiub yang menelan kos tinggi.
"Kos untuk menggunakan enjin pam sangat tinggi dan ramai antara kami tidak mampu menanggungnya kerana modal untuk menanam padi memang besar. Kalau keadaan ini berterusan, sukar untuk kami terus bertahan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KADA
#pesawah padi
#cuaca panas
#Khalid Abdul Samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan