awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu minat belian saham permodalan besar
NADMA selaras empat operasi pembenihan awan di Melaka, Johor bermula hari ini
Jepun beri amaran gempa susulan selepas gegaran kuat 7.5 magnitud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1,000 peserta warnai Visit Malaysia 2026 Color Run edisi Sungai Petani

Astro AWANI
Astro AWANI
20/04/2026
10:07 MYT
 Lebih 1,000 peserta warnai Visit Malaysia 2026 Color Run edisi Sungai Petani
Acara VM2026 Color Run turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah berupa sebuah motosikal dimenangi oleh salah seorang peserta. - Gambar Ghanax Travel abd Event Sdn Bhd.
Lebih 1,000 peserta menyertai program Visit Malaysia 2026 (VM2026) Color Run yang berlangsung meriah di sekitar kawasan ikonik Menara Jam Besar Sungai Petani, Kedah pada Sabtu.
Acara yang bermula seawal jam 7 pagi itu bukan sahaja menarik minat penduduk sekitar Sungai Petani, malah turut disertai warga dari Pulau Pinang, Perlis dan Perak.
Ketua Pegawai Eksekutif Ghanaz Travel and Event Sdn Bhd, Ghazally Abdul Rahman berkata, program itu berupaya merancakkan kempen Visit Malaysia 2026 menerusi pembudayaan amalan gaya hidup sihat.
“Sokongan yang diberikan itu membuktikan semangat rakyat Malaysia dalam mendokong agenda pelancongan domestik menerusi program berbentuk rekreasi,” katanya di sini, Sabtu lalu.
Terdahulu, program tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Adam Loh.
Sementara itu, Ghazally menjelaskan bahawa program tersebut merupakan permulaan kepada siri jelajah Visit Malaysia 2026 Color Run.
Menurutnya, siri jelajah ini akan diteruskan ke beberapa lokasi lain termasuk Johor, Labuan, Sabah dan Sarawak, manakala Putrajaya bakal menjadi lokasi acara kemuncak.
“Penganjuran program ini dilihat sebagai platform efektif untuk menggalakkan penyertaan masyarakat, merancakkan sektor pelancongan domestik serta memupuk semangat perpaduan melalui aktiviti yang sihat dan inklusif.
“Keseluruhan program berlangsung dengan lancar dalam suasana penuh warna-warni, selari dengan konsep Color Run yang menekankan elemen kegembiraan, kesihatan dan perpaduan komuniti.
“Kami berharap semangat ‘warna menyatukan kita’ dapat terus menyemarakkan kempen Visit Malaysia 2026,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#platform efektif
#VM2026
#Color Run
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan