awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 10,000 meriahkan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sarawak

Bernama
Bernama
16/09/2022
21:15 MYT
Lebih 10,000 meriahkan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sarawak
Jumlah yang hadir adalah melebihi 10,000 orang berbanding jangkaan 5,000 orang oleh penganjur sambutan bertemakan 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama'. - Foto Facebook/Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS
BINTULU: Lebih 10,000 pengunjung memeriahkan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sarawak di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu, di sini, pada Jumaat.
Majlis yang bermula jam 8 malam itu dimulakan dengan persembahan kesenian dan kebudayaan oleh artis tempatan dan jemputan serta penyanyi terkenal antaranya Datuk M. Nasir, Andi Bernadee (Sabah), Ramles Walter, Florence Lo, Claudia Geres, Safar Ghafar, Sazia Selir dan Max Kueh.
Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah,Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, dalam ucapannya, berkata jumlah yang hadir adalah melebihi 10,000 orang berbanding jangkaan 5,000 orang oleh penganjur sambutan bertemakan 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama'.
Tetamu kehormat majlis sambutan tersebut adalah Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib.
Turut hadir Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Juma'ani Tun Tuanku Bujang serta dif-dif kehormat yang lain.
Kemuncak sambutan diakhiri dengan pertunjukan bunga api berirama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Malaysia
#Abang Johari Tun Openg
#Sarawak
#bunga api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan