awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 11,000 saman dikeluarkan dalam Op Khas Motosikal

Bernama
Bernama
05/11/2024
13:30 MYT
Lebih 11,000 saman dikeluarkan dalam Op Khas Motosikal
Aedy Fadly berkata sebanyak 31,851 motosikal telah diperiksa dan daripada jumlah itu, sebanyak 4,533 motosikal telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan setakat semalam. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal 2024 sejak ia dilaksanakan pada 1 Nov lepas.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata antara kesalahan yang dikenal pasti antaranya tiada lesen memandu kompeten (CDL), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, kesalahan teknikal seperti tayar haus dan lampu brek tidak berfungsi serta nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.
Beliau berkata sebanyak 31,851 motosikal telah diperiksa dan daripada jumlah itu, sebanyak 4,533 motosikal telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan setakat semalam.
"JPJ juga telah menyita 135 motosikal yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya," katanya pada sidang media berkenaan Op Khas Motosikal 2024 di sini hari ini.
Aedy Fadly berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana penunggang atau pembonceng motosikal yang gagal mematuhi peraturan jalan raya seperti ditetapkan dari semasa ke semasa.
"Pihak JPJ sentiasa komited dalam memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya dan berusaha meminimumkan kadar kemalangan serta kematian akibat nahas jalan raya yang melibatkan motosikal," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#Op Khas Motosikal
#nahas jalan raya
#tayar haus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan