awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 200 rungutan diterima berhubung juadah bazar Ramadan di Kedah

Astro Awani
Astro Awani
10/06/2017
06:53 MYT
Lebih 200 rungutan diterima berhubung juadah bazar Ramadan di Kedah
Peniaga dicadangkan untuk mengeluarkan resit bagi memudahkan pelanggan membuat aduan. -Gambar fail
Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) memaklumkan menerima lebih 200 rungutan berhubung penjualan makanan di bazar Ramadan di seluruh Kedah melibatkan makanan yang tidak bersih, basi serta makanan lama yang dipanas semula.
Setiausahanya, Mohd Yusrizal Yusoff mendedahkan kesemua aduan itu diterima dalam tempoh dua minggu berpuasa.
Jelas Yusrizal, kebiasaannya, pengguna mendakwa terpaksa membuang makanan yang dibeli kerana basi ketika berbuka puasa.
“Apabila kita berurusan dengan peniaga secara terus, mereka menafikan jadi persatuan pengguna tidak ada satu bukti kukuh makanan itu daripada gerai tersebut.
“Jadi adalah lebih baik jika peniaga menyediakan bukti pembelian khas untuk menyenangkan para pengguna membuat aduan,” kata Yusrizal.
Dalam pada itu, Yusrizal menyarankan pengguna yang mengalami masalah sama untuk membuat laporan terus kepada pihak CAKE.
Bagaimanapun, tindakan lebih pantas boleh diambil sekiranya ada bukti pembelian di gerai yang dibeli sama ada resit atau pelekat.
Sementara itu, peniaga bazar Ramadan yang ditemui memberikan reaksi kurang senang dengan cadangan tersebut.
Kata mereka, pengeluaran resit akan meningkatkan kos mereka sekali gus melambatkan operasi jualan pada ketika pelanggan ramai.
“Tak berapa nak setuju. Kalau nak bagi resit nak kena kira satu-satu, jadi rasa susah sikit,” kata peniaga Siti Khadijah Hassan.
“Rumitlah sikit. Masa pelanggan tak ramai tak mengapalah. Kalau pelanggan ramai memang kelam kabutlah,” kata Nur Hafizah Mat Zain, juga peniaga bazar Ramadan.
Topic Berkaitan
#basi
#Bazar Ramadan
#makanan
#Persatuan Pengguna Kedah
#Yusrizal Yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan