awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 300 pegawai polis ditukar akibat masalah disiplin sejak 2018 - KDN

Bernama
Bernama
15/02/2023
13:20 MYT
Lebih 300 pegawai polis ditukar akibat masalah disiplin sejak 2018 - KDN
Seramai 339 pegawai polis yang mempunyai masalah disiplin, terlibat dalam proses pertukaran di seluruh negara sejak 2018 hingga Januari lepas.
KUALA LUMPUR: Seramai 339 pegawai polis yang mempunyai masalah disiplin, terlibat dalam proses pertukaran di seluruh negara sejak 2018 hingga Januari lepas.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan daripada jumlah itu, 294 pegawai atau 86.7 peratus ditukarkan ke Semenanjung, 25 pegawai (7.4 peratus) ditukarkan ke Sabah dan 20 pegawai (5.9 peratus) ditukarkan ke Sarawak.
"Pertukaran tersebut dilakukan, kerana didapati pegawai polis yang terlibat mempunyai masalah disiplin dan integriti serta melakukan kesalahan jenayah," menurut jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
Ia bagi menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) mengenai jumlah pegawai polis dari Semenanjung Malaysia yang dipindahkan ke Sarawak atas faktor masalah disiplin.
Menurut KDN antara isu dan kesalahan dilakukan pegawai yang ditukarkan ialah, mempunyai hubungan intim dengan pegawai polis yang telah berkahwin sehingga menganggu keharmonian rumah tangga, ditangkap atas kesalahan berkhalwat dengan pegawai polis yang telah berkahwin, dan terlibat dalam kegiatan dan aktiviti tidak bermoral.
KDN memaklumkan pertimbangan dalam membuat keputusan tersebut mengambil kira dasar dan peraturan pertukaran sedia ada, iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2004 (Panduan Pertukaran Pegawai Awam) yang menjelaskan pertukaran tidak digunakan sebagai hukuman, kecuali ia dapat membantu melicinkan proses tindakan tatatertib terhadap pegawai berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#masalah disiplin
#pegawai polis ditukar
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan