awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
Artemis II pecah rekod Apollo 13 sebagai misi manusia paling jauh dari Bumi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 40 hektar hutan dan belukar terbakar di Negeri Sembilan

Bernama
Bernama
16/02/2014
01:30 MYT
Lebih 40 hektar hutan dan belukar terbakar di Negeri Sembilan
Api kelihatan marak membakar belukar di Kampung Belangkan, Kuala Sawah. Lebih 40 hektar kawasan hutan dan belukar di Negeri Sembilan terbakar akibat kejadian pembakaran terbuka hari ini. -Foto BERNAMA
Lebih 40 hektar kawasan hutan dan belukar di Negeri Sembilan dilaporkan terbakar pada Sabtu, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis.
Beliau berkata pihaknya menerima 32 panggilan mengenai kebakaran hutan dan belukar pada Sabtu dan yang terkini mengenai kebakaran hutan di daerah Rembau bersempadan dengan Tampin melibatkan kawasan seluas 8.1 hektar.
"Pada hari ini (Sabtu) juga saya telah mengarahkan cuti semua anggota dibekukan dan diarahkan untuk bertugas membantu pemadaman api hutan di kawasan berkenaan. Operasi untuk mengawal api daripada merebak melibatkan pasukan Balai Bomba Rembau dan Tampin," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya lapan unit chalet dan dua kabin yang dijadikan pejabat di kawasan peranginan yang telah lama ditinggalkan dan terbengkalai di Kampung Belakang, Kuala Sawah dekat sini turut musnah dalam kebakaran kira-kira 2.20 petang Sabtu.
Bagaimanapun, katanya bomba berjaya menyelamat tiga unit chalet daripada musnah dalam kebakaran itu.
"Siasatan awal kami mendapati kebakaran itu berpunca daripada kebakaran kawasan hutan dan belukar seluas 15 hektar berhampiran dan merebak pantas ekoran tiupan angin dan cuaca kering," katanya.
Norazam berkata empat pegawai termasuk dirinya dan 26 anggota beserta tiga jentera terlibat dalam kerja-kerja pemadaman.
Topic Berkaitan
#belukar
#hutan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat
#Negeri Sembilan
#terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan