awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 50,000 kenderaan dijangka masuk Kelantan

Sinar Harian
Sinar Harian
12/10/2021
09:15 MYT
Lebih 50,000 kenderaan dijangka masuk Kelantan
Angka tersebut meningkat berbanding hanya sekitar 11,000 kenderaan yang masuk ke negeri ini sebelum pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 awal tahun ini. - Gambar fail
BACHOK: Lebih 50,000 kenderaan perantau dan pelancong domestik dijangka merentas negeri masuk ke Kelantan menjelang hujung minggu ini.
Angka tersebut meningkat berbanding hanya sekitar 11,000 kenderaan yang masuk ke negeri ini sebelum pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 awal tahun ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, jumlah peningkatan kenderaan masuk ke Kelantan itu berlaku secara mendadak bermula pada jam 12.01 pagi, Isnin susulan kebenaran rentas negeri oleh kerajaan.
“Hari pertama semalam pun sudah mencatatkan kira-kira 20 peratus peningkatan kenderaan yang masuk Kelantan.
“Jadi, jumlah itu dijangka akan melebihi tiga kali ganda menjelang hujung minggu ini dengan perantau yang pulang ke kampung halaman dan pelancong domestik yang bercuti di negeri ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pasar Jelawat, di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian selepas menyertai Program Masyarakat Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pasar berkenaan.
Hadir sama Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat Abdul Aziz Kadir.
Ujar beliau, hasil pemeriksaan di empat sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri iaitu dua di Gua Musang, Pasir Puteh dan Jeli mendapati mereka mematuhi arahan kerajaan iaitu lengkap dua dos vaksin COVID-19.
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan
#jumlah kenderaan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan