awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan 2026 Malaysia kepada 4.4 peratus
Lonjakan harga bahan api jet dijangka cetus penggabungan syarikat penerbangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 500,000 perantau dijangka pulang ke Kelantan Aidilfitri ini - Exco

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
11/04/2022
09:11 MYT
Lebih 500,000 perantau dijangka pulang ke Kelantan Aidilfitri ini - Exco
Peluang pulang beraya di kampung khususnya di Kelantan bakal menyaksikan berlaku limpahan kenderaan di jalan raya pada penghujung April nanti. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menjangkakan lebih 500,000 perantau akan pulang ke negeri itu menjelang penghujung bulan ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan Dan Pelancongan Kelantan, Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, kepulangan perantau itu akan turut menyaksikan berlaku peningkatan kenderaan dan orang ramai.
“Kalau 500,000 (perantau) ke atas itu sudah pasti. Akan ada penambahan penerbangan, kenderaan daratnya. Kalau ikut statistik yang keluar entah dari mana lebih sejuta kenderaan. Katanya rakyat kita 1.8 juta, takkan kereta sampai dua juta. Tetapi lebih 500,000 setiap tahun, itu angkanya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini,
Tahun ini Aidilfitri dijangka disambut dengan lebih meriah selepas dua tahun negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Peluang pulang beraya di kampung khususnya di Kelantan bakal menyaksikan berlaku limpahan kenderaan di jalan raya pada penghujung April nanti.
Sebelum ini, Polis Kelantan menjangkakan lebih dua juta kenderaan akan memasuki negeri itu menjelang sambutan Aidilfitri nanti.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, secara purata kenderaan keluar masuk Kelantan ketika ini sekitar 300,000 ke 350,000 sehari.
Md Anizam turut mengingatkan perantau yang akan pulang menyambut lebaran bersama keluarga dan ibubapa supaya berhati-hati di jalan raya dan tidak terlalu teruja semasa berada di atas jalan raya sehingga mengabaikan keselamatan.
Topic Berkaitan
#Hari Raya Aidilfitri
#Kelantan
#pulang beraya
#Md Anizam Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan