awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
Konflik Asia Barat: TikTok diminta perjelas kesan krisis tenaga dan geopolitik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih banyak serangan bakal menyusul selepas jambatan tertinggi Iran diserang - Trump

Bernama
Bernama
03/04/2026
08:58 MYT
Lebih banyak serangan bakal menyusul selepas jambatan tertinggi Iran diserang - Trump
Beberapa lokasi di kawasan Azimieh berhampiran Bandar Karaj diserang AS, termasuk Jambatan B1 yang digambarkan sebagai jambatan tertinggi di Asia Barat. - Foto Reuters

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Khamis, lebih banyak serangan akan menyusul selepas jambatan tertinggi di Iran diserang, sambil menggesa Tehran mencapai satu persetujuan sebelum “terlambat”.

“Jambatan terbesar di Iran runtuh dan tidak akan digunakan lagi. Lebih banyak akan menyusul!” kata Trump di platform media sosialnya, Truth Social.
“Iran perlu membuat perjanjian sebelum terlambat dan sebelum tiada apa lagi yang tinggal daripada apa yang berpotensi menjadi sebuah negara hebat,”katanya.
Menurut Anadolu Ajansi, Trump berulang kali menggesa Iran untuk berunding dan terbaharu mendakwa kepimpinan baharu Tehran meminta gencatan senjata, dakwaan yang dinafikan oleh pegawai Iran.
Secara berasingan, dalam temu bual dengan majalah Time, Trump mengulangi dakwaannya yang Iran berminat mencapai perjanjian, dengan merujuk kepada tahap kemusnahan sebagai faktor utama.
“Kenapa pula mereka tidak menghubungi? Kami baru sahaja memusnahkan tiga jambatan utama mereka malam tadi,” katanya sambil berkata Iran sedang “dihancurkan”.
Beliau turut menolak kenyataan pegawai Iran yang rundingan tidak berlaku, dengan menyifatkannya sebagai “rundingan yang agak mudah”.
Serangan Amerika Syarikat-Israel menyasarkan sebuah jambatan penting di lebuh raya utama di utara Iran pada Khamis, menurut laporan media tempatan.
Menurut Agensi Berita Fars, beberapa lokasi di kawasan Azimieh berhampiran Bandar Karaj diserang, termasuk Jambatan B1 yang digambarkan sebagai jambatan tertinggi di Asia Barat. Media itu melaporkan beberapa kecederaan dan jambatan itu turut rosak.
Laporan juga menunjukkan yang tentera Amerika Syarikat mungkin melancarkan serangan yang dikenali sebagai “double tap”, iaitu lokasi yang sama diserang dua kali berturut-turut.
Menurut laporan media, serangan kedua berlaku kira-kira sejam selepas serangan pertama, ketika petugas kecemasan sudah berada di lokasi untuk membantu mangsa, walaupun mereka diklasifikasikan sebagai orang awam yang dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa.
Serangan ini merupakan peningkatan terbaru dalam kempen yang bermula pada 28 Februari, apabila Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan udara bersama ke atas Iran, dengan lebih 1,340 orang maut , termasuk pemimpin Agung ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.
Iran kemudian bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel, Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan tentera Amerika Syarikat, menyebabkan kematian serta kerosakan infrastruktur, selain mengganggu pasaran global dan sektor penerbangan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Iran
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#gencatan senjata
#rundingan
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan