awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram dakwa darah polis, askar halal dibunuh - Saksi
10 kawasan di Semenanjung catat cuaca panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Saman fitnah RM5 juta Dzulkefly terhadap Najib selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih RM13 bilion Wang Tak Dituntut direkod setakat Januari - Akauntan Negara

Bernama
Bernama
07/03/2026
09:12 MYT
Lebih RM13 bilion Wang Tak Dituntut direkod setakat Januari - Akauntan Negara
Jabatan Akauntan Negara (JANM) merekodkan lebih RM13 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) setakat 31 Januari lepas, kata Akauntan Negara Datuk Zainani Jusoh. - Gambar fail/Sinar Harian
Jabatan Akauntan Negara (JANM) merekodkan lebih RM13 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) setakat 31 Januari lepas, kata Akauntan Negara Datuk Zainani Jusoh.
Beliau berkata daripada jumlah itu RM7 bilion masih kekal berada dalam akaun amanah tak dituntut manakala selebihnya pula telah dilaraskan ke dalam akaun hasil disatukan kerana tidak dituntut oleh pemilik atau waris dalam tempoh 10 tahun.
"Namun begitu, wang yang dilaraskan ke dalam akaun hasil disatukan akan dibayar balik sekiranya ada permohonan tuntutan daripada pemilik atau waris," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI (KAM) JANM di Kampung Bukit Merah di sini hari ini.
Zainani berkata pihaknya juga tidak pernah melantik mana-mana ejen atau sebagai wakil JANM untuk menuntut wang terbabit bagi pihak penuntut.
"Selain mengadakan aktiviti disetiap program atau karnival anjuran kerajaan, kita juga turut menyediakan sebuah bas bergerak yang akan jelajah ke seluruh negeri untuk memudahkan urusan orang ramai menyemak wang yang tak dituntut," katanya.
Mengulas mengenai KAM di Kampung Bukit Merah, Zainani berkata program ini merupakan kesinambungan projek yang bermula pada 2024 di Nanga Tebat, Lubok Antu, Sarawak dan diikuti pada 2025 di Kampung Minyak Beku, Batu Pahat, Johor.
"Pada 2026, Kampung Bukit Merah di Tanah Merah, Kelantan telah diluluskan sebagai KAM JANM oleh Kementerian Kewangan dan bakal dinaik taraf menerusi peruntukan sebanyak RM500,000.
"Dengan peruntukan yang diluluskan, maka kerja-kerja naik taraf dapat dilaksanakan dengan terancang dan cekap supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat.
"Antara projek naik taraf kemudahan yang dibincangkan adalah pembaikan kemudahan dan infrastruktrur Masjid Al Iktikaf Ibnu Sina, Masjid Iktikaf Pakteh, pembelian kabin untuk pasukan Rukun Tetangga, baik pulih jalan kampung, pembesaran longkang, pemasangan lampu solar jalan dan pembaikan saluran air," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akauntan Negara
#wang tak dituntut
#bilion
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan