awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Ahmad Zahid
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih RM600,000 dibelanjakan bagi pendidikan di Parlimen Hang Tuah

Bernama
Bernama
10/01/2026
03:50 MYT
Lebih RM600,000 dibelanjakan bagi pendidikan di Parlimen Hang Tuah
Adam Adli bergambar selepas Program Selamat Kembali ke Sekolah bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya di sebuah pasar raya, di Melaka, hari ini. - Gambar Bernama
MELAKA: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya membelanjakan lebih RM600,000 bagi perkara berkaitan pendidikan di kawasan berkenaan pada tahun lepas.
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim berkata, antaranya merangkumi sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), yuran sekolah dan komputer riba bagi murid dan pelajar kurang berkemampuan.
"Di Parlimen Hang Tuah Jaya ini kita memang beri tumpuan kepada usaha mendukung agenda pendidikan.
"Jadi saya harap usaha ini dapat terus diberi sokongan oleh semua pihak bagi memastikan anak-anak di Parlimen Hang Tuah Jaya mendapat pendidikan lebih baik," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Program Selamat Kembali ke Sekolah bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya di sebuah pasar raya, di sini, hari ini.
Pada program berkenaan, 500 orang menerima sumbangan baucar wang tunai dan beg sekolah bagi membeli kelengkapan persekolahan mereka.
Dalam pada itu, Adam Adli berkata, pada tahun ini beliau akan memberi tumpuan kepada sektor kritikal membabitkan pendidikan, kebajikan, kesihatan dan infrastruktur.
Beliau berkata, kerjasama strategik dengan pelbagai pihak akan diperhebat supaya usaha membantu golongan memerlukan di Parlimen Hang Tuah Jaya boleh dilipat ganda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen Hang Tuah
#Adam Adli Abd Halim
#perbelanjaan pendidikan
#PIBG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan