awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih sejuta rakyat Sarawak sudah daftar sebagai penerima vaksin

Astro Awani
Astro Awani
14/03/2021
06:38 MYT
Lebih sejuta rakyat Sarawak sudah daftar sebagai penerima vaksin
Dr Sim berkata, pihaknya menyasarkan penambahan sejuta orang lagi mendaftar bagi pelan imunisasi tersebut.
KUALA LUMPUR: Lebih sejuta rakyat Sarawak telah mendaftar diri di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sejak dilancarkan bulan lalu.
Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, sejak pendaftaran dibuka, sejumlah 1,033,643 individu di negeri itu mendaftar sebagai penerima.
"Daripada jumlah itu, 615208 rakyat Sarawak mendaftar di Pejabat Residen di seluruh negeri manakala 418,435 mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.
"Angka ini memberangsangkan, terima kasih kepada anda semua," katanya dalam hantaran di akaun rasmi Facebooknya.
Sumber Facebook dr.sim.kui.hian
Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, pihaknya menyasarkan penambahan sejuta orang lagi mendaftar bagi pelan imunisasi tersebut.
Katanya, jumlah itu bagi memastikan Sarawak mencapai sasaran sekurang-kurangnya 70 peratus atau dua juta rakyat negeri ini menerima vaksin.
Selain itu, kata Dr Sim, kerajaan negeri meneruskan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) berhubung akses penghantaran vaksin serta alternatif lain.
Beliau turut menasihati rakyat Sarawak untuk terus kekal berdisiplin dan melakukan tanggungjawab masing-masing bagi bersama-sama memerangi wabak COVID-19.
Topic Berkaitan
#rakyat Sarawak
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Dr Sim Kui Hian
#Rakyat daftar vaksin
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan