awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahmud Abu Bekir saman Cahya Mata Sarawak didakwa halang hadiri mesyuarat pengarah
Margin Gamuda dikhuatiri tertekan berikutan peningkatan kos bahan mentah - CGSI
UCL: Gol Luis Diaz, Harry Kane pacu Bayern Munich tumbangkan Real Madrid di Santiago Bernabeu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lee Lam Thye cadang penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional

Bernama
Bernama
08/03/2026
05:12 MYT
Lee Lam Thye cadang penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional
Lee berkata suruhanjaya yang dicadangkan itu boleh berfungsi sebagai mekanisme intervensi awal untuk memantau trend, menjadi pengantara dalam pertikaian serta menangani aduan sebelum ia berkembang menjadi konflik yang lebih besar. - Gambar fail/Bernama

Pejuang Perpaduan Negara Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional sebagai sebuah badan berkanun bebas bagi melindungi dan memperkukuh keharmonian antara etnik serta antara agama di negara ini.

Beliau berkata kepelbagaian Malaysia sejak sekian lama menjadi kekuatan terbesar negara, namun insiden yang berlaku kebelakangan ini melibatkan sensitiviti kaum dan agama, sama ada dalam talian mahupun luar talian, menunjukkan keperluan untuk memperkukuh usaha melindungi perpaduan nasional.

“Kehebatan terbesar Malaysia sentiasa terletak pada kepelbagaian kita. Sebagai sebuah negara berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang budaya, sejak sekian lama kita berbangga dengan keupayaan untuk hidup bersama dalam keadaan aman, saling menghormati dan menikmati kemakmuran bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lee bagaimanapun mengingatkan jika sensitiviti sedemikian tidak ditangani dengan teliti, ia boleh menjejaskan asas perpaduan nasional.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita menyaksikan peningkatan kejadian yang menguji sensitiviti kaum dan agama sama ada dalam talian mahupun luar talian yang jika tidak dibendung boleh menghakis asas perpaduan nasional kita,” katanya.

Lee berkata suruhanjaya yang dicadangkan itu boleh berfungsi sebagai mekanisme intervensi awal untuk memantau trend, menjadi pengantara dalam pertikaian serta menangani aduan sebelum ia berkembang menjadi konflik yang lebih besar.

Beliau berkata suruhanjaya itu juga boleh memudah cara dialog antara agama dan antara budaya yang berstruktur, menggalakkan inisiatif berasaskan komuniti serta menasihati kerajaan mengenai dasar yang melibatkan perkara sensitif berkaitan kaum, agama, bahasa dan pendidikan.

Menurut Lee, penubuhan badan sedemikian wajar dilihat sebagai langkah proaktif ke arah memperkukuh perpaduan nasional dan bukannya sebagai reaksi terhadap krisis.

“Penubuhan Suruhanjaya sedemikian tidak seharusnya dilihat sebagai reaksi terhadap krisis, sebaliknya langkah proaktif ke arah pembinaan negara,” katanya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Keharmonian Nasional
#etnik
#langkah proaktif
#krisis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan