awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki baling batu ke arah ibu pejabat Pas ditahan

Bernama
Bernama
31/07/2023
04:11 MYT
Lelaki baling batu ke arah ibu pejabat Pas ditahan
Lelaki berkenaan akan direman hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki berumur 36 tahun di sini semalam, yang disyaki terlibat membaling batu ke arah Ibu Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut pada hari Sabtu lepas, sehingga mengakibatkan dinding kaca pejabat itu pecah.
Menurut sumber, penganggur itu ditahan di Lorong Tiong Nam, Chow Kit pada pukul 10 malam, dan dia akan direman hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat.
Menurut sumber itu lagi, difahamkan lelaki berkenaan berbuat demikian kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan parti Pas, dari segi kerjasama politik.
"Siasatan awal juga mendapati suspek mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk sembilan rekod kesalahan dadah," katanya kepada Bernama.
Sabtu lepas, Pas membuat laporan polis selepas dinding kaca di Ibu Pejabat Pas Pusat dibaling dengan batu oleh seorang lelaki, beberapa jam sebelum bermula proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ibu pejabat Pas
#lelaki
#baling batu
#ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan