awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Bangladesh mengaku bersalah toreh muka rakan sekerja

Astro Awani
Astro Awani
22/02/2019
11:03 MYT
Lelaki Bangladesh mengaku bersalah toreh muka rakan sekerja
Tertuduh Md Saidul Islam, 21, mengaku salah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mabel S Muttiah. -Astro AWANI
Seorang lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tuduhan menoreh muka rakan sekerjanya awal bulan ini.
Tertuduh Md Saidul Islam, 21, mengaku salah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mabel S Muttiah.
Berdasarkan pertuduhan, pembantu kedai telefon bimbit itu telah mendatangkan kecederaan parah ke atas Nur Zawati Zainal Abidin, 24, di muka dengan bersenjatakan pisau.
Kesalahan itu dilakukan di hadapan lif tingkat bawah sebuah pusat beli-belah di Damansara pada jam 6.30 petang, 7 Februari lalu.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ashyraf Ashy'ari Kamaruzaman itu dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda dan sebatan.
Dalam kejadian tersebut, mangsa yang juga rakan sekerjanya mengalami luka hampir lima sentimeter bermula dari bibir hingga ke pipi kanan selepas ditoreh tertuduh.
BACA: Berang cinta ditolak, warga Bangladesh toreh muka wanita tempatan
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Hakim Mabel S Muttiah
#mahkamah
#mangsa
#Md Saidul Islam
#penjara
#rakan sekerja
#toreh muka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan