awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bergelang merah jambu ditahan ketika makan di restoran di Rawang

Fareez Azman
Fareez Azman
04/10/2020
04:26 MYT
Lelaki bergelang merah jambu ditahan ketika makan di restoran di Rawang
Gambar beberapa anggota polis menahan lelaki memakai gelang merah jambu di Rawang tular di laman sosial. - Foto: Pengguna Media Sosial
RAWANG:Seorang lelaki 'bergelang' merah jambu ditahan ketika sedang makan di sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri Rawang pada malam Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata tangkapan dibuat berdasarkan maklumat daripada orang ramai.
Lelaki berusia 52 tahun itu ditahan kira-kira jam 7.30 malam di restoran berkenaan.
“Semakan mendapati lelaki berkenaan diarahkan menjalani kuarantin di rumah bermula semalam hingga 16 Oktober depan selepas ujian saringan COVID-19 di KLIA2 (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2) dan keputusan (ujian saringan) masih belum diterima,” katanya kepada media.
Jelasnya, lelaki itu akan direman esok bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu sebarang perbuatan menyebabkan merebaknya penyakit yang membahayakan kepada nyawa.
Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 11 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 8) 2020.
“Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi perintah menjalani kuarantin yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan bagi memastikan keselamatan mereka, keluarga serta orang lain. Perbuatan ini juga boleh menggusarkan masyarakat sekitar,“ katanya.
Semalam, beberapa gambar anggota polis menahan lelaki memakai gelang merah jambu itu tular di laman sosial.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#KLIA2
#Kementerian Kesihatan
#laman sosial
#ujian saringan
#keselamatan
#rumah
#lelaki
#restoran
#PUS
#siasatan
#akta
#Gelang merah jambu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan