awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bertopeng tetak mangsa, larikan kenderaan di Bera

Azee Shafy
Azee Shafy
13/01/2023
01:55 MYT
Lelaki bertopeng tetak mangsa, larikan kenderaan di Bera
Polis menemui kenderaan milik mangsa jenis Toyota Fortuner dalam kawasan kebun getah di Felda Lui, Negeri Sembilan. - Foto PDRM
BERA: Seorang lelaki berusia 56 tahun cedera akibat diserang oleh individu tidak dikenali yang bersenjatakan parang di rumahnya, dekat Kemayan, di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bera DSP N Kumaran berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada pukul 10.10 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.
"Setiba di lokasi kejadian, polis mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan di lengan dan kaki, dipercayai akibat ditetak.
"Hasil siasatan awal, dipercayai suspek merupakan tiga orang lelaki bertopeng yang memasuki rumah mangsa melalui pintu belakang dan mencederakannya.
"Suspek dipercayai melarikan diri menaiki kenderaan milik mangsa jenis Toyota Fortuner dengan nombor pendaftaran VHG2999," katanya dalam kenyataan hari ini.
Foto PDRM
Foto PDRM
Kumaran memberitahu, suspek menuju ke arah Bahau, Negeri Sembilan, dan dipercayai turut melarikan sebuah lagi kenderaan, iaitu Perodua Myvi berwarna perak.
Difahamkan, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh bagi mendapatkan rawatan.
Jelas Kumaran, pihak polis berjaya menjumpai Toyota Fortuner milik mangsa dalam kawasan kebun getah di Felda Lui, Negeri Sembilan.
Foto PDRM
Foto PDRM
Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya segera menghubungi Bilik Gerakan IPD Bera di talian 09-2507999 atau balai polis berdekatan.
Foto PDRM
Foto PDRM
Topic Berkaitan
#samun
#Tetak
#Bera
#parang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan