awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dengan lapan kesan tetakan ditemui maut

Bernama
Bernama
07/02/2019
21:45 MYT
Lelaki dengan lapan kesan tetakan ditemui maut
Mangsa ditemui oleh polis dengan lapan kesan tetakan di bahagian muka, tangan dan kaki. - Gambar hiasan
Seorang lelaki ditemui mati dengan lapan kesan tetakan di sebuah kawasan lapang berdekatan Batu 5, Jalan Kampung Jawa di sini pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Dharmaraj Rajarethinam, 34, ditemukan dalam keadaan terbaring atas tanah oleh seorang lelaki yang kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata sejurus tiba di tempat kejadian, polis menemui mangsa dengan lapan kesan tetakan di bahagian muka, tangan dan kaki.
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai membonceng motosikal ditunggang suspek datang ke tempat kejadian secara bersama dan tidak lama kemudian suspek mengejar mangsa dengan parang panjang sebelum kembali ke motosikalnya seorang diri.
"Polis sedang menyiasat motif serangan terhadap mangsa dan sedang mengesan suspek," katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Baharudin Mat Taib
#Dharmaraj Rajarethinam
#Jalan Kampung Jawa
#mangsa
#mati
#maut
#parang panjang
#polis
#serangan
#shah alam
#siasatan
#suspek
#Tetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan