awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki diberkas kes gangguan seksual di MRT Kajang

Sinar Harian
Sinar Harian
05/04/2026
05:26 MYT
Lelaki diberkas kes gangguan seksual di MRT Kajang
Menerusi perkongsian di media sosial, seorang individu mendakwa kejadian berlaku ketika mangsa sedang menunggu di kawasan terbuka berhampiran tangga stesen sebelum didatangi seorang lelaki yang bertindak menyentuh bahagian badan mangsa tanpa kebenaran. -F
Seorang lelaki diberkas pada Sabtu susulan kes gangguan seksual di pintu masuk Stesen MRT Kajang, di sini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, tangkapan dibuat pada Sabtu selepas pihaknya menjalankan siasatan berhubung video berdurasi 23 saat yang tular di aplikasi Threads.
"Video tersebut memaparkan kejadian dipercayai berlaku di Gate A stesen berkenaan pada Khamis kira-kira jam 6.15 petang.
"Suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang bagi permohonan perintah reman untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes gangguan seksual di sebuah Stesen MRT Kajang, di sini.
Terdahulu, menerusi perkongsian di media sosial, seorang individu mendakwa kejadian berlaku ketika mangsa sedang menunggu di kawasan terbuka berhampiran tangga stesen sebelum didatangi seorang lelaki yang bertindak menyentuh bahagian badan mangsa tanpa kebenaran.
Dalam perkongsian sama, mangsa menyatakan dia hanya menyedari kejadian tersebut selepas disentuh sebelum suspek bertindak melarikan diri. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#MRT Kajang
#gangguan seksual
#polis kajang
#tangkapan suspek
#Brigade Keselamatan Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan