awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye, Arab Saudi selesai isu visa transit selepas pertikaian sedekad
Isyarat awal “Super El Nino” timbul risiko cuaca melampau global
Harga MSM dijangka terus meningkat susulan mandat biodiesel, harga minyak tinggi - CIMB Securities
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
11/02/2026
03:21 MYT
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Alor Setar pada Rabu. - Astro AWANI
Seorang lelaki berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya pada 2 Februari lalu.
Tertuduh, Amirul Shafiq Shamshul Zahari, 29, hanya mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail.
Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, yang merupakan anak sulung daripada enam beradik.
Mengikut pertuduhan, Amirul Shafiq didakwa membunuh Zahrullail Basir, 52, di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, antara jam 3.15 pagi hingga 8 pagi pada 2 Februari lalu.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati.
Jika hukuman mati tidak dijatuhkan, tertuduh boleh dikenakan penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, serta minimum 12 sebatan, jika disabitkan.
Sepanjang prosiding, tertuduh, yang berada di kandang tertuduh, kelihatan tenang dan sekali lagi memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia memahami pertuduhan berkenaan.
Timbalan Pendakwa Raya, Norfatin Azera Norhisham, memohon satu tarikh sebutan bagi menunggu laporan bedah siasat dan forensik, selain memaklumkan bahawa tiada jaminan dicadangkan kerana kesalahan tersebut tidak boleh dijamin.
Majistret Eliana kemudian bertanya sama ada tertuduh mempunyai apa-apa untuk dikatakan, namun Amirul Shafiq menjawab tiada.
Mahkamah menetapkan 11 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#bunuh ibu
#Amirul Shafiq Shamshul Zahari
#hukuman mati
#Mahkamah Majistret
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan