awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki didakwa membunuh selepas tiga tahun melarikan diri

Bernama
Bernama
26/12/2019
05:13 MYT
Lelaki didakwa membunuh selepas tiga tahun melarikan diri
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Azreen Wan Zaid, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Selepas lebih tiga tahun melarikan diri, seorang bekas pekerja ladang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, bagi menghadapi pertuduhan membunuh penyelianya yang didakwa berlaku pada 2016.
Tertuduh, Rahmat Hasrah Abdul Razak, 25, yang beralamat di Pasir Mas, Kelantan dengan tenang mengaku memahami pertuduhan terhadapnya, yang dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Tertuduh yang memakai seluar pendek dan t-shirt putih, didakwa membunuh Zakaria Tahir, 57, pada 2.30 petang, 7 Okt 2016 di dapur rumah di sebuah kebun di Batu 16, Kampung Sri Fajar, di sini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Azreen Wan Zaid, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Tertuduh ditahan pada 12 Dis lalu, di sempadan Malaysia-Thailand, yang mana dia dipercayai melarikan diri ke negara jiran tersebut, selepas kejadian.
Nordiana menetapkan 28 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula, bagi mendapatkan laporan asid deoksiribonukleik (DNA).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas pekerja ladang
#bunuh
#DNA
#mahkamah
#mati
#Pasir Mas
#Rahmat Hasrah Abdul Razak
#sempadan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan