awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki didakwa mengamuk ugut bunuh anak angkat

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/09/2020
09:42 MYT
Lelaki didakwa mengamuk ugut bunuh anak angkat
Tertuduh, Rushidi Saad, 40, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Balqis Abdul halim, sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa. - Foto Astro AWANI
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kulim hari ini atas pertuduhan mengugut mahu membunuh anak angkatnya sendiri.
Tertuduh, Rushidi Saad, 40, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Balqis Abdul Halim, sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mahu membunuh Muhammad Syafiq Shamsul Anuar, 20, di sebuah rumah di Taman Serai Wangi, Padang Serai, kira-kira jam 8 malam 21 September lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Balqis Abdul Halim kemudian menetapkan 4 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi sepanjang prosiding berlangsung.
Topic Berkaitan
#bunuh
#Kulim
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#Rushidi Saad
#ugut bunuh anak angkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan