awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Penantian berakhir selepas 9 tahun, pingat emas kembali ke China
Seorang peminat bertindak menyaman Arsenal ekoran prestasi teruk
Guru dipercayai langgar pelajar Tingkatan Satu tiba di mahkamah untuk direman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dikhuatiri lemas dalam kejadian di Empangan Sultan Azlan Shah

Astro AWANI
Astro AWANI
27/02/2026
03:41 MYT
Lelaki dikhuatiri lemas dalam kejadian di Empangan Sultan Azlan Shah
Usaha mengesan mangsa hilang sedang dilaksanakan pada pagi ini. - Foto JBPM
Seorang lelaki dikhuatiri lemas, manakala rakannya berjaya diselamatkan dalam kejadian di Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, di sini, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa yang hilang dikenali sebagai Ridzuan Zulkarnain, 32, manakala Mohd Jumadi Abd Aziz, 34, berjaya diselamatkan oleh anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian pada 1.14 pagi.
“Kita terima laporan berhubung kejadian itu pada 12.45 tengah malam melalui pihak pengurusan empangan yang mengesan dua lelaki berada di kawasan berkenaan dengan seorang daripadanya dipercayai telah tenggelam.
“Usaha mengesan mangsa hilang sedang dilaksanakan pada pagi ini oleh unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM Perak, manakala mangsa yang terselamat telah kita serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Sabarodzi berkata punca sebenar yang menimpa kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan buat masa ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#Empangan Sultan Azlan Shah
#JBPM
#Sabarodzi Nor Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan