awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh di Air Terjun Lata Tembakah

Bernama
Bernama
22/12/2022
21:45 MYT
Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh di Air Terjun Lata Tembakah
Abdul Rozak berkata susulan kejadian itu operasi mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan membabitkan polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Jertih. - Foto fail
JERTIH: Seorang pekerja penyelenggaraan dan pembersihan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari tingkat lima air terjun Hutan Lipur Lata Tembakah di Hulu Besut dekat sini, petang semalam.
Mangsa, Abdul Wahab Mat Sulaiman, 25, dilaporkan terjatuh ketika sedang melakukan kerja membaiki saluran paip bersama adiknya, Abdul Wahud, 19, di lokasi tersebut.
Ketua Polis Daerah Besut Supt. Abdul Rozak Muhammad berkata insiden itu berlaku pada kira-kira 2 petang sebelum polis menerima laporan kejadian pada 4.30 petang.
"Mangsa merupakan pekerja sebuah syarikat kontraktor di hutan lipur itu dan naik ke kawasan air terjun tersebut untuk membaiki saluran paip (air tandak) yang rosak dipercayai akibat arus sungai yang deras ketika banjir baru-baru ini.
"Bagaimanapun, ketika melakukan kerja pembaikan itu mangsa tergelincir lalu jatuh ke bahagian bawah air terjun," katanya ketika dihubungi Bernama.
Abdul Rozak berkata susulan kejadian itu operasi mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan membabitkan polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Jertih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hutan Lipur Lata Tembakah
#pekerja penyelenggaraan dan pembersihan
#lemas
#air terjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan