awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dipercayai sakit mental serang polis di surau ditahan

Bernama
Bernama
19/11/2024
10:15 MYT
Lelaki dipercayai sakit mental serang polis di surau ditahan
M Kumarasan berkata kejadian berlaku ketika anggota dari Balai Polis Kangkar Pulai hendak menunaikan solat berjemaah. - Gambar fail/BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki tempatan yang mempunyai rekod rawatan psikiatri ditahan kerana menyerang dua anggota polis di sebuah surau di Kangkar Pulai di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata kejadian pada 1 tengah hari itu berlaku ketika anggota dari Balai Polis Kangkar Pulai yang berumur 33 dan 59 tahun hendak menunaikan solat berjemaah.
"Dua anggota berkenaan diserang dan dipukul suspek yang berusia 28 tahun itu, menyebabkan seorang daripadanya cedera di muka, kaki dan tangan kanan.
"Suspek kemudian diberkas di lokasi kejadian oleh dua anggota polis berkenaan dan anggota polis yang cedera menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata motif kejadian masih dalam siasatan, dan siasatan awal mendapati suspek turut mempunyai tiga rekod kesalahan jenayah dan dua kesalahan berkaitan dadah.
Kumarasan berkata keputusan ujian air kencing mendapati individu itu negatif dadah dan dia kini direman selama empat hari bermula hari ini dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lelaki ditahan
#serang anggota polis di surau
#Sakit Mental
#Kangkar Pulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan