awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan bunuh, sumbat ibu dalam tangki najis

Siti Norbaya Abidin
Siti Norbaya Abidin
25/09/2018
04:40 MYT
Lelaki ditahan bunuh, sumbat ibu dalam tangki najis
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh di sini pada Isnin. -Astro AWANI
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh di sini pada Isnin.
Suspek berusia 29 tahun itu yang merupakan anak mangsa ditahan kira-kira jam 8.45 pagi tadi di Jalan Air Putih, dekat sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan, suspek berjaya ditahan selepas gerakan mencari dilakukan susulan penemuan mayat Faridah Mat Hashim, 63, kira-kira jam 2.40 petang semalam di dalam lubang kumbahan najis di belakang rumah mangsa.
Hasil soal siasat, suspek mengaku membunuh ibunya selepas berlaku pertengkaran di antara mereka.
Suspek turut mengaku menusuk sebilah pisau ke leher ibunya sebelum mengelar leher mangsa hingga meninggal dunia.
Suspek kemudian bertindak membuka simen penutup lubang kumbahan dan mencampak mayat ibunya ke dalam lubang tersebut sebelum menghilangkan diri.
Menurut Anbalagan lagi, suspek juga mengaku berada di bawah pengaruh wap petrol sewaktu kejadian.
Namun, katanya, ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek didapati negatif dadah.
Tambah Anbalagan, suspek mengaku melakukan perbuatan itu seorang diri tanpa penglibatan individu lain.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Suspek akan direman di Mahkamah Balik Pulau esok.
Semalam, mayat Faridah Mat Hashim dijumpai di dalam lubang kumbahan najis selepas hilang selama enam hari.
Mayat mangsa dijumpai menantu lelakinya yang melakukan pencarian selepas warga emas itu gagal ditemukan sejak Selasa lepas.
Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pasukan Forensik berjaya mengeluarkan mayat mangsa yang telah berulat dan berada pada kedalaman 1.5 meter dalam lubang najis tersebut.
Topic Berkaitan
#A Anbalagan
#anak bunuh emak
#dibunuh anak
#meninggal dunia
#negatif dadah
#petrol
#tangki kumbahan
#tangki najis
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan