awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan disyaki curi kabel TM

Bernama
Bernama
24/03/2026
11:09 MYT
Lelaki ditahan disyaki curi kabel TM
Polis menahan seorang lelaki di kawasan kebun kelapa sawit di Bandar Lagenda dekat Teluk Intan, semalam, selepas disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia Berhad (TM).

Polis menahan seorang lelaki di kawasan kebun kelapa sawit di Bandar Lagenda dekat Teluk Intan, semalam, selepas disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia Berhad (TM).

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Chua Kok Lian berkata suspek berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira 11 malam oleh sepasukan anggota Balai Polis Teluk Intan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak menerusi Ops Ronda Cegah Jenayah.

"Lelaki terbabit disyaki mencuri kabel di sekitar Teluk Intan. Pemeriksaan lanjut di lokasi terbabit menemukan satu guni mengandungi pelbagai wayar tembaga yang telah dibakar dan disyaki milik TM," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes narkotik namun hasil ujian air kencing mendapati dia negatif terhadap dadah.

Lelaki itu kini direman hingga Jumaat ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#curi kabel TM
#Bandar Lagenda
#Teluk Intan
#Polis Daerah Hilir Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan