awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan disyaki tembak anjing liar guna senapang patah

Bernama
Bernama
13/10/2023
15:52 MYT
Lelaki ditahan disyaki tembak anjing liar guna senapang patah
Seorang lelaki ditahan disyaki menembak anjing liar menggunakan senapang patah di Pantai, dekat Seremban semalam. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang lelaki ditahan disyaki menembak anjing liar menggunakan senapang patah di Pantai, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pada 9.15 malam dan polis turut merampas selaras senapang patah bersama sembilan peluru dan lima kelongsong daripadanya.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada seorang lelaki berusia 25 tahun pada 7.43 malam, menyatakan mendengar bunyi empat das tembakan ketika memancing berhampiran sebuah kilang pasir di Batu 9, Kampung Golai, Pantai.
"Pengadu mendapati tiga ekor anjing dipercayai ditembak lelaki berkenaan menggunakan senapang patah, dengan dua daripadanya mati manakala seekor cedera dan telah lari dari kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Abdul Malik, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan melakukan perbuatan terbabit akibat marah kerana anjing-anjing itu cuba menggigit anaknya dan memakan haiwan peliharaan.
Beliau berkata lelaki itu yang tidak memiliki rekod jenayah direman hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 30(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
"Senapang patah yang digunakan adalah milik saudara suspek. Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anjing liar
#Lelaki ditahan
#tembak
#senapang patah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan