awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan hina institusi diraja Johor menerusi Facebook

Bernama
Bernama
13/12/2015
08:33 MYT
Lelaki ditahan hina institusi diraja Johor menerusi Facebook
Suspek kini direman empat hari sehingga Selasa ini dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1984 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM2,000 atau penjara tidak melebihi 18 bulan atau kedua-duanya sekali. - Gambar fail
Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai menghina institusi diraja negeri ini, menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.
Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 37 tahun itu ditahan di rumahnya di Larkin Jaya, di sini, pada 3.30 pagi, semalam, oleh pasukan khas yang ditubuhkan polis.
"Suspek yang merupakan seorang penganggur ditahan selepas polis bertindak atas satu laporan yang dibuat seorang individu, 7 Dis lepas.
"Kata-kata lelaki itu (menerusi Facebook) sangat menghina institusi diraja kita dan perkara ini tidak boleh dibiarkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata polis turut merampas satu telefon bimbit daripada lelaki berkenaan dan ujian air kencing mendapati dia negatif dadah.
Wan Ahmad Najmuddin berkata semakan rekod jenayah mendapati dia mempunyai rekod lampau pada Oktober lepas atas kesalahan memeras ugut.
Suspek kini direman empat hari sehingga Selasa ini dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1984 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM2,000 atau penjara tidak melebihi 18 bulan atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
#Facebook
#institusi diraja
#Johor
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan